Monday, March 26, 2012

Makna Bacaan Dalam Solat


   Solat merupakan perintah Allah kepada hambanya, dan solat juga merupakan perkara pertama yang akan dihisab nanti, jika sembahyangnya baik, maka semua amalannya diterima, jika sembahyangnya rosak, maka semua amalannya akan rosak..
Jadi amatlah penting kita mengetahui makna-makna dalam solat yang kita kerjakan selama ini, mari kita hafal dan praktikkan moga kita semua dapat solat yang khusuk dan khudu.

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. 

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

 Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. 

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. 

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk


Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir




Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut





Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.



semoga dapat manfaat bersama, apa yang baik datang dari Allah dan yang kurang ana akui kelemahan diri.. Jazakallah









Wednesday, January 4, 2012

Kisah Seekor Ikan Muda Untuk Muhasabah Diri

Pada suatu Hari, ikan  muda telah keluar pusing-pusing kampung, sedang seronok pusing-pusing Ia ternampak seekor cacing yang tergantung di bahagian atas permukaan air (Umpang) yang menyebabkan Ia merasa lapar dan ingin memakan cacing tersebut.

  Bagi memastikan keselamatan dirinya, Ia telah memperhatikan cacing tersebut dari jauh dan dekat akhirnya Ia mendapati tiada sebarang bahaya pada dirinya serta cacing tersebut dan mengambil keputusan untuk memakannya. Sedang usaha untuk memakan cacing tersebut ikan muda itu telah dihalang oleh seekor ikan yang tua yang lalu disitu.



  Ikan Tua itu memberitahu ikan muda itu, janganlah kamu makan cacing ini, kerana jika kamu memakannya kamu akan diangkat ke sebuah alam yang lain yang asing bagi kamu. 

" ikan muda berkata :>> "
     Saya telah membuat rondaan pada persekitaran cacing tersebut dan saya mendapati tiada sebarang bahaya pada diri saya serta cacing tersebut, bagaimana pula kamu katakaan saya akan diangkat ke alam lain???


" Ikan Tua berkata :>>"

    Benar anak muda apa yang Pak Cik katakan itu, jika kamu memakan cacing (Umpang)ini, pada mulut kamu akan merasakan  satu kesakitan, yang mana selepas itu kamu akan ditarik keluar ke sebuah alam yang lain.

Semasa di alam sana kamu akan mengdapati seorang manusia gegasi yang memegang joran, yang akan menarik kamu pada nya, setelah kamu sampai kepadanya mulut kamu akan dibuka dan ditarik keluar mata kail yang menyebabkan kamu meraun kesakitan akibat mata kail tersebut.


     Sambung Ikan Tua itu lagi, setelah itu kamu akan dimasukkan kedalam sebuah kotak dan diletakkan di atas sebuah motorsikal dan di bawa pulang kerumah manusia gegasi tadi. Kemudian apabila sampai disana, manusia tersebut akan keluarkan kamu dari kotak tersebut dan letakkan kamu dikawasan dapur rumahnya.

    Semasa disana akan akan melihat banyak peralatan tajam seperti pisau, parang dan lain-lain yang digunakan untuk mengoyakkan kulit dan isi dalaman perut kamu... pada masa itu kamu akan merasakan kesakitan yang amat sangat. Setelah itu dalam keadaan kamu yang letih itu, akibat kesakitan yang amat sangat itu, badan kamu pula akan diletakkan kunyit atau rempah yang kemudiaannya kamu akan dimasukkan ke dalam sebuah kuali yang mengandungi miyak yang panas.

  Semasa kamu dimasukkan dalam minyak panas itu, kamu akan meraung dan meminta tolong tetapi tiada sesiapa yang memperdulikan kamu, yang kemudianya kamu akan dimakan isi dan badan kamu oleh manusia tersebut, yang kemudiannya sisa tulang badan kamu akan dibuang dalam sebuah tong... Jadi apakah kamu mahu pecaya kisah ini?

" ikan muda berkata :>> "

   Ikan muda itu berkata dalam hatinya... Betulkah cerita Ikan Tua ini, yang kemudianya menyatakan kepada Ikan Tua itu mungkin kamu yang mahu makan cacing itu selepas saya meninggalkan makanan cacing itu??  lalu Ikan Muda itu, tanpa memikir panjang terus memakan cacing itu, lalu terjadilah semua perkara yang dicerita oleh Ikan Tua itu pada dirinya... semasa ikan tersebut sedang ditarik kealam lain itu, Ikan Muda meminta pertolongan Ikan Tua itu untuk membantunya tetapi "Nasi sudah jadi bubur" tiada guna lagi.

  Dan Ikan Muda Itu Terus Meraung kesakitan dan penyesalan yang amat sangat...


Pengajaranya >>>.......

   Segala cerita yang disampai Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi kita berkaitan kehidupan selepas mati adalah benar, yang begitu Banyak dicerikan didalam Al-Quran untuk kita bersama-sama mempersiapkan diri kita sebelum kita betul-betul sampai di alam sana nanti... semoga kita tidak menyesal dengan penyesalan yang tiada kesudahan akibat kenikmatan hidup dunia ini yang tidak diggunakan untuk membawa bekal yang secukupnya untuk kehidupan disana nanti.