Cara melakukan Sujud Sahwi
Bersujud sambil mengucapkan "Allaahu Akbar" dan dalam sujud membaca:
Subhaanalladzi laa yanaamu walaa yansaa (3x)
(Maksudnya) : "Maha suci Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa"
Dilakukan kerana :>
Cara Sujud Tilawah
Sujud Tilawah dapat dilakukan apabila seseorang membaca ayat Al Qur'an dan tiba pada tempat-tempat yang dianjurkan bersujud, baik dalam solat atau diluar solat.
Sajada wajhiya lilladzi khalaqahu wasyaqqa sam'ahu wabasharahu bihawlihi waquwwatihi.
(maksudnya): "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta."
Ayat-ayat sujud sajadah ialah:
1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19
Nota: Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24
menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi
ayat yang disunatkan untuk sujud syukur . Bacaan surah 22 (Al-Hajj)
Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan
sebagai ayat sajadah.
Sekadar berkongsi, semoga dapat manfaat bersama I.Allah
ReplyDelete