Pada suatu Hari, ikan muda telah keluar pusing-pusing kampung, sedang seronok pusing-pusing Ia ternampak seekor cacing yang tergantung di bahagian atas permukaan air (Umpang) yang menyebabkan Ia merasa lapar dan ingin memakan cacing tersebut.
Bagi memastikan keselamatan dirinya, Ia telah memperhatikan cacing tersebut dari jauh dan dekat akhirnya Ia mendapati tiada sebarang bahaya pada dirinya serta cacing tersebut dan mengambil keputusan untuk memakannya. Sedang usaha untuk memakan cacing tersebut ikan muda itu telah dihalang oleh seekor ikan yang tua yang lalu disitu.
Ikan Tua itu memberitahu ikan muda itu, janganlah kamu makan cacing ini, kerana jika kamu memakannya kamu akan diangkat ke sebuah alam yang lain yang asing bagi kamu.
" ikan muda berkata :>> "
Saya telah membuat rondaan pada persekitaran cacing tersebut dan saya mendapati tiada sebarang bahaya pada diri saya serta cacing tersebut, bagaimana pula kamu katakaan saya akan diangkat ke alam lain???
" Ikan Tua berkata :>>"
Benar anak muda apa yang Pak Cik katakan itu, jika kamu memakan cacing (Umpang)ini, pada mulut kamu akan merasakan satu kesakitan, yang mana selepas itu kamu akan ditarik keluar ke sebuah alam yang lain.
Semasa di alam sana kamu akan mengdapati seorang manusia gegasi yang memegang joran, yang akan menarik kamu pada nya, setelah kamu sampai kepadanya mulut kamu akan dibuka dan ditarik keluar mata kail yang menyebabkan kamu meraun kesakitan akibat mata kail tersebut.
Sambung Ikan Tua itu lagi, setelah itu kamu akan dimasukkan kedalam sebuah kotak dan diletakkan di atas sebuah motorsikal dan di bawa pulang kerumah manusia gegasi tadi. Kemudian apabila sampai disana, manusia tersebut akan keluarkan kamu dari kotak tersebut dan letakkan kamu dikawasan dapur rumahnya.
Semasa disana akan akan melihat banyak peralatan tajam seperti pisau, parang dan lain-lain yang digunakan untuk mengoyakkan kulit dan isi dalaman perut kamu... pada masa itu kamu akan merasakan kesakitan yang amat sangat. Setelah itu dalam keadaan kamu yang letih itu, akibat kesakitan yang amat sangat itu, badan kamu pula akan diletakkan kunyit atau rempah yang kemudiaannya kamu akan dimasukkan ke dalam sebuah kuali yang mengandungi miyak yang panas.
Semasa kamu dimasukkan dalam minyak panas itu, kamu akan meraung dan meminta tolong tetapi tiada sesiapa yang memperdulikan kamu, yang kemudianya kamu akan dimakan isi dan badan kamu oleh manusia tersebut, yang kemudiannya sisa tulang badan kamu akan dibuang dalam sebuah tong... Jadi apakah kamu mahu pecaya kisah ini?
" ikan muda berkata :>> "
Ikan muda itu berkata dalam hatinya... Betulkah cerita Ikan Tua ini, yang kemudianya menyatakan kepada Ikan Tua itu mungkin kamu yang mahu makan cacing itu selepas saya meninggalkan makanan cacing itu?? lalu Ikan Muda itu, tanpa memikir panjang terus memakan cacing itu, lalu terjadilah semua perkara yang dicerita oleh Ikan Tua itu pada dirinya... semasa ikan tersebut sedang ditarik kealam lain itu, Ikan Muda meminta pertolongan Ikan Tua itu untuk membantunya tetapi "Nasi sudah jadi bubur" tiada guna lagi.
Pengajaranya >>>.......
Segala cerita yang disampai Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi kita berkaitan kehidupan selepas mati adalah benar, yang begitu Banyak dicerikan didalam Al-Quran untuk kita bersama-sama mempersiapkan diri kita sebelum kita betul-betul sampai di alam sana nanti... semoga kita tidak menyesal dengan penyesalan yang tiada kesudahan akibat kenikmatan hidup dunia ini yang tidak diggunakan untuk membawa bekal yang secukupnya untuk kehidupan disana nanti.
Banyak pengajaran yang terdapat dalam kisah diatas, yang mana kita kene meyakini adanya alam2 gaid yang mana kita semua akan tempuhinya nanti.. selamat membaca
ReplyDelete